Wednesday, May 7, 2014

Kasih dan Sayang berpanjangan

Alahai, tajuk .... buat semua orang geram.

Kenapa tetiba terkeluar tajuk ini? . Ermm .. saja. saya bukan seorang penulis ya, maka apa saya tulis sangat-sangat lah apa yg terkeluar dari hati.

Mungkin ramai selalu cakap mcam ni, nak-nak pula para isteri yang telah melalui alam rumahtangga dalam tempoh yang lama . Kalau baru tu semua "Wangi" lagi.  ...upssss jangan terasa ya.

Alhamdulillah, melalui alam rumah tangga dari tahun 1999 sehingga sekarang (korang kira sendiri yer) , mendirikan rumahtangga pada usia 19 tahun (mak ai muda nya , gatal ekkk) ...hahahaha.
Banyak perkara yang menjadikan aku lebih matang. terus terang aku memang sangat sayang dan cintakan En Suami ni. Sebelum perkahwinan kami dah kenal hampir 6 tahun (kiranya kenal dari zaman sekolah lagi).

Pada pendapat saya Percaya atau tidak pada pasangan bermula dari dalam hati kita. sejujurnya, kita perlu jujur dan ikhlas dalam segala hal. Tiada rahsia,
  • Sentiasa bermaaafan - almost setiap hari
  • Ikhlas seikhlasnya - terutama kpd isteri bekerja ikhlaskan diri bila mengeluarkan belanja menggunakan duit gaji sendiri ( sudah tentu)
  • Sentiasa ada rasa cinta dan kasih sayang yg murni dalam hati - macam baru-baru kenal( memang dalam hati rasa macam baru bercinta)
  • Jangan pernah kurang rasa tanggungjawab pada keluarga
  • Doa yang berpanjangan agar Cinta dan Kasihnya Ilahi melimpah ruah dalam keluarga kita.
  • Berdoa untuk keselamatan suami mencari rezeki buat kita dan anak-anak.
  • banyakkan sedekah Al-Fatihah untuk mereka yang kita sayang.
  • Selalu tenung wajah pasangan dengan kasih sayang dan cinta .... sejuk hati nanti, (jangan marah-marah yer)
  • Doa ... doa...doa ... dan terus berdoa , Doakan Senjata orang mukmin.

Cinta hati beta ....
 
Amalkan doa ini yer
 
 

Monday, March 31, 2014

Sigma - Istikharah Cinta

Ya Allah syahdunya

Lembut iramanya

De Meises Dengarlah Bintang Hatiku~lirik~

Dengarlah bintiang hati ku

aku akan menjagamu

dalam hidup dan matiku

hanya kaulah yang kutuju

dan teringat janjiku padamu

suatu hari pasti akan kutepati

aku akan menjagamu

semampu dan sebisaku

walau ku tahu ragamu tak seutuh

kuterima kekurangan mu

dan ku tak akan mengeluh

kerna bagi ku engkaulah nyawaku



Tuhan Berikan Aku Cinta.wmv





jom nak share hari ni,

Wednesday, March 26, 2014

PERKARA WAJIB YANG TERLEPAS PANDANG (Sungguh Aku Masih Jahil)

Aurat Wanita dan Aurat Lelaki
(Ya Allah Ampunkan aku yang masih jahil, kurang ilmu agama, sesungguhnya aku akan perbaiki segala kekurangan ini)


(Aurat bagi Perempuan)
 
(Aurat Bagi Lelaki)
 
 

Tuesday, March 18, 2014

Alhamdulillah, Selamat Tiba Ke Tanahair tanggal 17.02.2014

Alhamdulillah, ibu bapa mertua serta adik ipar dan isteri(biras aku ler), dan juga 2 orang bapa saudara serta isterri ( semuanya sebelah suami ler) mereka ramai adik beradik,  ...dah pun selamat tiba ke tanahair, dan\h sampai rumah, kami adik beradik ramai2 menunggu kepulanagan ibu bapa mertua tercinta dan rombongan... upppssss lupa plak, mereka ini pergi menunaikan Umrah...

Alhamdulillah

Ya Allah rindunya aku pada Tanah Suci Mekah dan Madinah,
Kalau dah sekali kaki kita jejak Tanah Suci pasti rasa Rindu akan bersarang dihati. Memang sangat rindu pada Tanah Suci.

Ya Allah kau jemputlah aku dan keluarga ku lagi kesana, amin.

Nota :  Aku pernah ke sana menunaikan Umrah pada tahun 2011.
Rindu ... tak bleh kata apa2 dah ......sebak, nangis .....


 
Biarlah gambar berbicara, menggamit kenangan dan kerinduan yang tak pernah putus.
Selawat Ke atas Nabi Junjungan .

Wednesday, March 5, 2014

BERJANGKIT (POSITIF)

Positif ????!!!!!!!
 
Yes it's positif. 
errrr...gerunnya, takutnya. Kenapa dgn ngko ni ????
Astagfirullahhalazim. .......
(dengan aksi urut dada ... cam kena serangan jantung)
 
Relax arrrrr ..
Acah jer , korang ni serius sungguh, bukan apa aku ni mmg jenis serius gak la,
Apa yang positif ???
 
Sangat la positif .... aku berjangkit , sakit mata, tangan mnggeletar beb, tengok tempat selerak ......
haaaaa, kan dah dapat penyakit baru, aku terjebak dengan susun atur, kemas mengemas,
 
(tarik nafas dalam-dalam .....  then lepassssss)
 
korang ingat apa? Penyakit berjangkit akibat virus ka?
Memnag virus la juga kan .... virus "Tip Top" , mesti korang ingat cerekarama TV3, ritu yag tajuk dia "Rania Tip Top"
 
sangat terkesan ceritanya walau lucu, betapa dia pentingkan kekemasan ...
 
Berbalik kpd aku, sekarang aku dah mula beberapa langkah menyimpan, mengemas, membuang benda yang tak berapa sesuai disimpan, rosak dan menyemakkan.
Dan aku merupakan "silent" reader kepada beberpa blog susun & Deco yang aku rasa memang popular dikalangan blogger .
antaranya:
 
 
dan banyak lagi,
(kepada Otai blogger,  nanti saya letak link kat sebelah)
Thumb up lah kat korang
 
 
 
 


Thursday, February 27, 2014

Kesibukan Melanda

Huhhhh ...
memang kesibukan melanda-landa, bertimpa-timpa tapi aku gaghkan juga mencuri ruang rehat untuk buka blog ni. Nak juga tulis blog ni.....uhhhh sgt2 tak selesa terutama bila kepala bersarang dengan idea tetapi tidak berkesempatan meluahkan segalanya.
 
Chow...

Wednesday, February 19, 2014

BISMILLAH ......

Alhamdulillah
jom mula kerja
jangan lupa ya baca ni
 
Ada Masa sambil menaip, membasuh, memasak, menyapu dan sebagainya boleh juga la berzikir kan
 
 
~Love~
 


Monday, February 17, 2014

KERAH TENAGA SELEPAS PULANG DARI KERJA

HUHHHHH !!!!!
Mesti penat balik kerja, penat lagi dan semak mata bila balik rumah tengok rumah selerak.
Ouuhhhhhhh, aku kena penyakit "sakit mata".
Lagi riams bila tengok buku2 tak tersusun, tak ikut kategori, huarghhhhhh nak nangis weiiii....
Sabar... sabar..... sabar.....

Ini sebenarnya cerita minggu lepas.
jam 5.00 petang abis kerja... yihuuuuu
kebetulan pada hari khamis tu anak dara I bangun lambat jadi tak ke sekolah Pasti ler jawabnya..
maka aku pun mengambil kesempatan merayau sesorang (sebab kalau dia ikut, tak jadi la beli barang2 aku, dok layan kerenah dia shj). Tempat dituju adalah MR DIY shop... Parit Buntar.
sempat grab sikit barang, esp kotak simpan barang, individu hang, drawer organizer, ....
rambang mata tapi barang tak menepati citarasa I, bila agaknya Daiso nak sampai Taiping, IKEA ????
huhuuhu...
sedih oooooo
nak kena travel jauh kalau nak benda2 cantik....

Berbalik kpd cerita mengemas,
aku dah mula mengemas bahagian dapur , dan bilik tidur, perghhhh banyak giler barang (sorry yer gambar tak ambik- sensor hahahaha)
Nanti dah ok aku upload la, bukan apa rumah kampong ni luas skit, tak der design, kena perah otak gila2 untuk menghias rumah, maka mmg terbengkalai lah sebelum ni, lagi pun mmg banyak nak kena buat , memandangkan selama ini hanya beberapa kerat perabot jer yg ada, ...

dah dah cukup, dok merapau apa lagi, pi sambung kerja, blk sambung susun atur rumah,...muaahahahahha

(Gambar dari : En GOOGLE)
macam cantik jer

Macam menarik jer

Macam Minat jer

Macam sesuai jer...

Gambar-gambar ni sumber inspirasi, hakikatnya wall aku warna lain. dalam proses mencari warna baru.

JUMPA LAGI
tata



Thursday, February 13, 2014

WishList 2014 (Berangan Tak Sudah)

Berangan tak sudah
korang mungkin dah letak wishlist ni masa awal tahun kan,
aku ni ni la baru nak tehegeh-hegeh nak listkan wishlist aku yg bersarang berkotak2 ni ....
 
1. Nak Upgrade Bilik Mandi 1 & 2
2. Nak buat bilik baru untuk anak bujang
3. Bilik anak bujang sekarang nak upgrade jadikan bilik pakaian shj.
4. Nak cat interior yang baru
5. Kalau tambah bilik baru, tentu kena cat exterior juga kan
6. nak buat sudut belajar yang comei
7. Nak buat tempat parking keta motor yang cantik ngan tiang2 roman ...
8. nak buat langsir baru (sblm raya kena siap ni).
9. Nak tanam pokok bunga dalam pasu letak luar rumah
 
Setakat ini jer dulu... agak2 korang bleh ka????
It's cost me lot ....
 
 


Wednesday, February 12, 2014

TIPS :3 WARNA TERBAIK UNTUK RUMAH ANDA

Aku sedang belajar mendekorasi rumah kampung yang dah lama terpendam angan-angan.
Jom sama-sama belajar yer...

Sumber : Copy paste http://dekorumah.blogspot.com

Di dalam rumah, warna yang digunakan boleh mempengaruhi dan memberi kesan terhadap perasaan, persepsi, dan mood seseorang. Psikologi warna dalam hiasan dalaman. Terdapat warna yang hanya sesuai untuk ruang atau bilik tertentu, dan ia sangat penting untuk anda ketahui sebelum memutuskan warna yang ingin digunakan. Dengan tip ini, anda akan memilih warna yang sesuai untuk setiap bilik di rumah anda.

Ruang Tamu

Hijau adalah warna yang cukup sesuai untuk ruang tamu yang lazimnya menjadi ruang yang pertama ditemui ketika memasuki rumah. Ruang tamu juga menjadi lokasi anda melayan tetamu dan rakan-rakan yang bertandang. Di sinilah kegunaan warna hijau yang melambangkan ketenteraman dan rasa sentosa. Namun begitu, usahalah sedikit untuk mewujudkan keharmonian tema kehijauan bagi persekitaran ruang tamu anda agar lebih positif dan mengujakan.

Bilik Tidur

Ungu atau lavender paling sesuai untuk bilik tidur memandangkan warna ini sangat menenangkan. Sudah tentu bilik tidur merupakan tempat yang sepatutnya untuk anda memperoleh rehat yang cukup dan tidur yang lena. Warna ungu akan memberikan rasa selesa dan ketenangan yang anda perlukan.

Dapur & Ruang Makan

Jingga atau warna oren pula amat serasi dengan ruang makan anda. Ruang di mana anda sekeluarga berinteraksi dan menjamu sarapan pagi hinggalah makan malam. Warna oren akan membangkitkan selera dan membantu penghadaman ketika anda menikmati hidangan setiap hari.

~Kumpul maklumat dulu, pastu hitung budget ....hihihihihi~

HARI INI MERUNGUT, ESOK MERUNGUT, HARI-HARI MERUNGUT ....

Apa cer plak ni?
Banyak nya benda nak buat ....
Mana satu nak buat dulu ? ....
Ingat Senang ka? ...
 

BUAT YANG TERMAMPU

 
Inilah kisahnya, selalu aku dengar ....( Ehhhhhh bukan dengar tp baca status kat lama social), merungut dan merungut dan merungut . Kekadang aku terfikir juga nasib baik la ngko ada kerja bagus gaji dapat tiap2 bulan, tak der ter"miss" pun. tapi hari-hari menyungut. Mempertikaikan amanah yang sudah diterima akujanjinya.
 
Janganlah dibandingkan dengan kerja orang lain. Bidang tugas kita, amanah kita, niat kita, merencanakan kelancaran segala urusan. Sedar atau tidak kadang2 kamu ....kamu....kamu lebih beruntung dari orang lain. Sementelah, ada yang punya keputusan yang bagus tetapi tak berpeluang kemenara gading. (aku la tu)
Tapi aku Redha kerana ianya ketentuan Dari yang Maha Esa.
Benarlah percaturan yang telah dibuat.
 

YANG PENTING DAN HARUS KITA INGAT

Semua manusia punya perasaan.
Janganlah dipandang rendah seseorang itu dengan memandang pekerjaannya. Kalau tiada Dia yang buat siapa nak buat agaknya.
Pokok pangkalnya, semua saling memerlukan.
(p/s: Pesanan buat mereka yang kerja Gred Tinggi ( tapi tak der la tinggi sangat pun, sebab ada lagi yang lebih tinggi)  tu, jangan la dok Pandang "KERANI" tu dengan pandangan hina. Mereka juga punya perasaan, punya tanggungjawab yang besar. 
 
Kalau nak diulas topic Kerja dan Redhanya kita ...perghhhhhhh sampai bulan depan pun tak habis. 
 
~Merapu lagi sebelum tido ~


Tuesday, February 11, 2014

Minggu Akhir (Ariana Rose)

Beb ...
 
Halo halo halo
Haaaaa.... mesti tiap2 hari minggu ni tak de sape2 nak blk lambat, Semuanya kerana penangan Drama Ariana Rose.... ouhhhhhh aku pun terjebak....kikikiki
 
Serius cerita yang best , 1st episode pun tak berganjak dari TV....
Sib baik la Iklan kat TV3 ni panjang benor boleh la selesai kan Solat Marghrib dengan aman, terlepas skit2 scene tu ...biasa lah, tak byk punnn .....
 
  

Lirik Lagu Ost Ariana Rose

(Dipintu Syurga-Dayang Nurfaizah)

 
Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada
 
Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya meneman sepi

Korus:
Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi
 
Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

Ulang korus

Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga
 
~Mesti ada yang nangis tengok episode minggu ini~
Tak kurang juga yg meluat tahap DEWA kat adik2 tiri Ariana Rose
 
Layan

GOOD MORNING

Assalamualaikum
Selamat Pagi
Good Morning
 
Bangun Pagi dengan hari yang ceria, Doa yang Kudus di Subuh Hari, Buat Yang Maha aku berserah, semoga dipermudahkan segala urusan.
 
 
Macam biasa bangun seawall 5.00 pagi menyiapkan barang2 untuk jualan, ...(ecehhhh ... macam la banyak sanagta) Yang Penting Rezeki Yang Halal.
 
Upsss....
Aku ni Seorang Penjawat Awam.
Memebuat beberpa kerja tepi (Sidejob) untuk meningkatkan ekonomi keluarga.
Berniagakan digalakkan dalam Islam.
Selain makan gaji, aku pu berniaga lah.
 
Kan... dah merapu pepagi ni.....
Anyway Blog ni masih dalam pembikinan....
Kalau ada tak sedap mata memandang tu maaf lah yer
 
 
 

Monday, February 10, 2014

Siaran Ulangan

Beb ...
Siaran Ulangan ...(Macam KAt Astro) terlepas pun x apa, leh tgk ulangan.
 
Yang ini versi lain ya
Jam 4.00 ptg Isnin-Khamis
Siaran Ualangan "CINTA JANGAN PERGI"
Kpd Peminat Remi Ishak dan Tiz Zakiah
Jom Layan
 
Aku suka
Cinta dan Air Mata ....hihihihi
Sweetkan (berangan jer aku ni)
 

Terjebak

Apa yang terjebak beb ?
Oleh kerana last week minggu yang agak longgar, masaka aku mengambil masa menjelajah blog lama, wooohooooo....bosan, singah2 blog ke blog, tup tup terbaca blog sahabat aku ni http://irjune.blogspot.com , WOW sangat terjua u
Memang sangat lama aku tak menulis merapu bagai.
 

Apa yang bestnya Blog sahabat ini:

1. Bakal menjadi Isteri orang  ( dah officially pun Jadi Mrs Zaini)
2. Bei rumah n masuk rumah baru (Cantik ooooo)
3. Pandai Susun Atur/guna ruang rumah (aku pun x buat macam tu)
4. Cantik combination dan idea (Kreatif Rupanya)
5. Aku jadi leka dan berkhayal la pula, dan macam2 terlintas di fikiran ni
 ( NgKo bg idea yg banyak kat aku la Jun)
 
kikikiki....
 
Cantik tak yang ini ?
(Pink to gigirl  Ibu yang sorang tu)
Pic:  sumber Mr Google
 
 
Yang ini untuk Anak bujang Ibu
(Sumber Mr Google)

 
I wish I can Do N All My Dream Become True.Amin.
 


Horeyyyyy !!!!!!!!!!!!

Yeay... Hip hip horeyyyyy
 
uishhhhh, lama betui dok bertapa, dok pikiaq (baca loghat utara), nak buat blog baru. ALHAMDULILLAH, hari ini terlaksana juga. Bukan tidak suka, tetapi sengaja nak beralih angina, nak kan yg baru, dulu dah ada tapi lama tak update , maka BOSAN la hendaknya. Ok, nanti akan ku link kan blog baru , yg memang bleh bagi ceria hati ini ...wink-wink-wink....  (cam bintang bergermerlapan la pulak) ....eceh cehhhh
 
ini lah intro untuk hari ini,
aku lah tu, wangikannnn