Showing posts with label Merapu untuk hari ini. Show all posts
Showing posts with label Merapu untuk hari ini. Show all posts

Monday, February 17, 2014

KERAH TENAGA SELEPAS PULANG DARI KERJA

HUHHHHH !!!!!
Mesti penat balik kerja, penat lagi dan semak mata bila balik rumah tengok rumah selerak.
Ouuhhhhhhh, aku kena penyakit "sakit mata".
Lagi riams bila tengok buku2 tak tersusun, tak ikut kategori, huarghhhhhh nak nangis weiiii....
Sabar... sabar..... sabar.....

Ini sebenarnya cerita minggu lepas.
jam 5.00 petang abis kerja... yihuuuuu
kebetulan pada hari khamis tu anak dara I bangun lambat jadi tak ke sekolah Pasti ler jawabnya..
maka aku pun mengambil kesempatan merayau sesorang (sebab kalau dia ikut, tak jadi la beli barang2 aku, dok layan kerenah dia shj). Tempat dituju adalah MR DIY shop... Parit Buntar.
sempat grab sikit barang, esp kotak simpan barang, individu hang, drawer organizer, ....
rambang mata tapi barang tak menepati citarasa I, bila agaknya Daiso nak sampai Taiping, IKEA ????
huhuuhu...
sedih oooooo
nak kena travel jauh kalau nak benda2 cantik....

Berbalik kpd cerita mengemas,
aku dah mula mengemas bahagian dapur , dan bilik tidur, perghhhh banyak giler barang (sorry yer gambar tak ambik- sensor hahahaha)
Nanti dah ok aku upload la, bukan apa rumah kampong ni luas skit, tak der design, kena perah otak gila2 untuk menghias rumah, maka mmg terbengkalai lah sebelum ni, lagi pun mmg banyak nak kena buat , memandangkan selama ini hanya beberapa kerat perabot jer yg ada, ...

dah dah cukup, dok merapau apa lagi, pi sambung kerja, blk sambung susun atur rumah,...muaahahahahha

(Gambar dari : En GOOGLE)
macam cantik jer

Macam menarik jer

Macam Minat jer

Macam sesuai jer...

Gambar-gambar ni sumber inspirasi, hakikatnya wall aku warna lain. dalam proses mencari warna baru.

JUMPA LAGI
tata



Thursday, February 13, 2014

WishList 2014 (Berangan Tak Sudah)

Berangan tak sudah
korang mungkin dah letak wishlist ni masa awal tahun kan,
aku ni ni la baru nak tehegeh-hegeh nak listkan wishlist aku yg bersarang berkotak2 ni ....
 
1. Nak Upgrade Bilik Mandi 1 & 2
2. Nak buat bilik baru untuk anak bujang
3. Bilik anak bujang sekarang nak upgrade jadikan bilik pakaian shj.
4. Nak cat interior yang baru
5. Kalau tambah bilik baru, tentu kena cat exterior juga kan
6. nak buat sudut belajar yang comei
7. Nak buat tempat parking keta motor yang cantik ngan tiang2 roman ...
8. nak buat langsir baru (sblm raya kena siap ni).
9. Nak tanam pokok bunga dalam pasu letak luar rumah
 
Setakat ini jer dulu... agak2 korang bleh ka????
It's cost me lot ....
 
 


Wednesday, February 12, 2014

HARI INI MERUNGUT, ESOK MERUNGUT, HARI-HARI MERUNGUT ....

Apa cer plak ni?
Banyak nya benda nak buat ....
Mana satu nak buat dulu ? ....
Ingat Senang ka? ...
 

BUAT YANG TERMAMPU

 
Inilah kisahnya, selalu aku dengar ....( Ehhhhhh bukan dengar tp baca status kat lama social), merungut dan merungut dan merungut . Kekadang aku terfikir juga nasib baik la ngko ada kerja bagus gaji dapat tiap2 bulan, tak der ter"miss" pun. tapi hari-hari menyungut. Mempertikaikan amanah yang sudah diterima akujanjinya.
 
Janganlah dibandingkan dengan kerja orang lain. Bidang tugas kita, amanah kita, niat kita, merencanakan kelancaran segala urusan. Sedar atau tidak kadang2 kamu ....kamu....kamu lebih beruntung dari orang lain. Sementelah, ada yang punya keputusan yang bagus tetapi tak berpeluang kemenara gading. (aku la tu)
Tapi aku Redha kerana ianya ketentuan Dari yang Maha Esa.
Benarlah percaturan yang telah dibuat.
 

YANG PENTING DAN HARUS KITA INGAT

Semua manusia punya perasaan.
Janganlah dipandang rendah seseorang itu dengan memandang pekerjaannya. Kalau tiada Dia yang buat siapa nak buat agaknya.
Pokok pangkalnya, semua saling memerlukan.
(p/s: Pesanan buat mereka yang kerja Gred Tinggi ( tapi tak der la tinggi sangat pun, sebab ada lagi yang lebih tinggi)  tu, jangan la dok Pandang "KERANI" tu dengan pandangan hina. Mereka juga punya perasaan, punya tanggungjawab yang besar. 
 
Kalau nak diulas topic Kerja dan Redhanya kita ...perghhhhhhh sampai bulan depan pun tak habis. 
 
~Merapu lagi sebelum tido ~


Tuesday, February 11, 2014

GOOD MORNING

Assalamualaikum
Selamat Pagi
Good Morning
 
Bangun Pagi dengan hari yang ceria, Doa yang Kudus di Subuh Hari, Buat Yang Maha aku berserah, semoga dipermudahkan segala urusan.
 
 
Macam biasa bangun seawall 5.00 pagi menyiapkan barang2 untuk jualan, ...(ecehhhh ... macam la banyak sanagta) Yang Penting Rezeki Yang Halal.
 
Upsss....
Aku ni Seorang Penjawat Awam.
Memebuat beberpa kerja tepi (Sidejob) untuk meningkatkan ekonomi keluarga.
Berniagakan digalakkan dalam Islam.
Selain makan gaji, aku pu berniaga lah.
 
Kan... dah merapu pepagi ni.....
Anyway Blog ni masih dalam pembikinan....
Kalau ada tak sedap mata memandang tu maaf lah yer
 
 
 

Monday, February 10, 2014

Horeyyyyy !!!!!!!!!!!!

Yeay... Hip hip horeyyyyy
 
uishhhhh, lama betui dok bertapa, dok pikiaq (baca loghat utara), nak buat blog baru. ALHAMDULILLAH, hari ini terlaksana juga. Bukan tidak suka, tetapi sengaja nak beralih angina, nak kan yg baru, dulu dah ada tapi lama tak update , maka BOSAN la hendaknya. Ok, nanti akan ku link kan blog baru , yg memang bleh bagi ceria hati ini ...wink-wink-wink....  (cam bintang bergermerlapan la pulak) ....eceh cehhhh
 
ini lah intro untuk hari ini,
aku lah tu, wangikannnn