Google+ Followers

Wednesday, May 7, 2014

Kasih dan Sayang berpanjangan

Alahai, tajuk .... buat semua orang geram.

Kenapa tetiba terkeluar tajuk ini? . Ermm .. saja. saya bukan seorang penulis ya, maka apa saya tulis sangat-sangat lah apa yg terkeluar dari hati.

Mungkin ramai selalu cakap mcam ni, nak-nak pula para isteri yang telah melalui alam rumahtangga dalam tempoh yang lama . Kalau baru tu semua "Wangi" lagi.  ...upssss jangan terasa ya.

Alhamdulillah, melalui alam rumah tangga dari tahun 1999 sehingga sekarang (korang kira sendiri yer) , mendirikan rumahtangga pada usia 19 tahun (mak ai muda nya , gatal ekkk) ...hahahaha.
Banyak perkara yang menjadikan aku lebih matang. terus terang aku memang sangat sayang dan cintakan En Suami ni. Sebelum perkahwinan kami dah kenal hampir 6 tahun (kiranya kenal dari zaman sekolah lagi).

Pada pendapat saya Percaya atau tidak pada pasangan bermula dari dalam hati kita. sejujurnya, kita perlu jujur dan ikhlas dalam segala hal. Tiada rahsia,
  • Sentiasa bermaaafan - almost setiap hari
  • Ikhlas seikhlasnya - terutama kpd isteri bekerja ikhlaskan diri bila mengeluarkan belanja menggunakan duit gaji sendiri ( sudah tentu)
  • Sentiasa ada rasa cinta dan kasih sayang yg murni dalam hati - macam baru-baru kenal( memang dalam hati rasa macam baru bercinta)
  • Jangan pernah kurang rasa tanggungjawab pada keluarga
  • Doa yang berpanjangan agar Cinta dan Kasihnya Ilahi melimpah ruah dalam keluarga kita.
  • Berdoa untuk keselamatan suami mencari rezeki buat kita dan anak-anak.
  • banyakkan sedekah Al-Fatihah untuk mereka yang kita sayang.
  • Selalu tenung wajah pasangan dengan kasih sayang dan cinta .... sejuk hati nanti, (jangan marah-marah yer)
  • Doa ... doa...doa ... dan terus berdoa , Doakan Senjata orang mukmin.

Cinta hati beta ....
 
Amalkan doa ini yer
 
 

Monday, March 31, 2014

Sigma - Istikharah Cinta

Ya Allah syahdunya

Lembut iramanya

De Meises Dengarlah Bintang Hatiku~lirik~

Dengarlah bintiang hati ku

aku akan menjagamu

dalam hidup dan matiku

hanya kaulah yang kutuju

dan teringat janjiku padamu

suatu hari pasti akan kutepati

aku akan menjagamu

semampu dan sebisaku

walau ku tahu ragamu tak seutuh

kuterima kekurangan mu

dan ku tak akan mengeluh

kerna bagi ku engkaulah nyawaku



Tuhan Berikan Aku Cinta.wmv





jom nak share hari ni,

Wednesday, March 26, 2014

PERKARA WAJIB YANG TERLEPAS PANDANG (Sungguh Aku Masih Jahil)

Aurat Wanita dan Aurat Lelaki
(Ya Allah Ampunkan aku yang masih jahil, kurang ilmu agama, sesungguhnya aku akan perbaiki segala kekurangan ini)


(Aurat bagi Perempuan)
 
(Aurat Bagi Lelaki)
 
 

Tuesday, March 18, 2014

Alhamdulillah, Selamat Tiba Ke Tanahair tanggal 17.02.2014

Alhamdulillah, ibu bapa mertua serta adik ipar dan isteri(biras aku ler), dan juga 2 orang bapa saudara serta isterri ( semuanya sebelah suami ler) mereka ramai adik beradik,  ...dah pun selamat tiba ke tanahair, dan\h sampai rumah, kami adik beradik ramai2 menunggu kepulanagan ibu bapa mertua tercinta dan rombongan... upppssss lupa plak, mereka ini pergi menunaikan Umrah...

Alhamdulillah

Ya Allah rindunya aku pada Tanah Suci Mekah dan Madinah,
Kalau dah sekali kaki kita jejak Tanah Suci pasti rasa Rindu akan bersarang dihati. Memang sangat rindu pada Tanah Suci.

Ya Allah kau jemputlah aku dan keluarga ku lagi kesana, amin.

Nota :  Aku pernah ke sana menunaikan Umrah pada tahun 2011.
Rindu ... tak bleh kata apa2 dah ......sebak, nangis .....


 
Biarlah gambar berbicara, menggamit kenangan dan kerinduan yang tak pernah putus.
Selawat Ke atas Nabi Junjungan .

Wednesday, March 5, 2014

BERJANGKIT (POSITIF)

Positif ????!!!!!!!
 
Yes it's positif. 
errrr...gerunnya, takutnya. Kenapa dgn ngko ni ????
Astagfirullahhalazim. .......
(dengan aksi urut dada ... cam kena serangan jantung)
 
Relax arrrrr ..
Acah jer , korang ni serius sungguh, bukan apa aku ni mmg jenis serius gak la,
Apa yang positif ???
 
Sangat la positif .... aku berjangkit , sakit mata, tangan mnggeletar beb, tengok tempat selerak ......
haaaaa, kan dah dapat penyakit baru, aku terjebak dengan susun atur, kemas mengemas,
 
(tarik nafas dalam-dalam .....  then lepassssss)
 
korang ingat apa? Penyakit berjangkit akibat virus ka?
Memnag virus la juga kan .... virus "Tip Top" , mesti korang ingat cerekarama TV3, ritu yag tajuk dia "Rania Tip Top"
 
sangat terkesan ceritanya walau lucu, betapa dia pentingkan kekemasan ...
 
Berbalik kpd aku, sekarang aku dah mula beberapa langkah menyimpan, mengemas, membuang benda yang tak berapa sesuai disimpan, rosak dan menyemakkan.
Dan aku merupakan "silent" reader kepada beberpa blog susun & Deco yang aku rasa memang popular dikalangan blogger .
antaranya:
 
 
dan banyak lagi,
(kepada Otai blogger,  nanti saya letak link kat sebelah)
Thumb up lah kat korang