Google+ Followers

Wednesday, May 7, 2014

Kasih dan Sayang berpanjangan

Alahai, tajuk .... buat semua orang geram.

Kenapa tetiba terkeluar tajuk ini? . Ermm .. saja. saya bukan seorang penulis ya, maka apa saya tulis sangat-sangat lah apa yg terkeluar dari hati.

Mungkin ramai selalu cakap mcam ni, nak-nak pula para isteri yang telah melalui alam rumahtangga dalam tempoh yang lama . Kalau baru tu semua "Wangi" lagi.  ...upssss jangan terasa ya.

Alhamdulillah, melalui alam rumah tangga dari tahun 1999 sehingga sekarang (korang kira sendiri yer) , mendirikan rumahtangga pada usia 19 tahun (mak ai muda nya , gatal ekkk) ...hahahaha.
Banyak perkara yang menjadikan aku lebih matang. terus terang aku memang sangat sayang dan cintakan En Suami ni. Sebelum perkahwinan kami dah kenal hampir 6 tahun (kiranya kenal dari zaman sekolah lagi).

Pada pendapat saya Percaya atau tidak pada pasangan bermula dari dalam hati kita. sejujurnya, kita perlu jujur dan ikhlas dalam segala hal. Tiada rahsia,
  • Sentiasa bermaaafan - almost setiap hari
  • Ikhlas seikhlasnya - terutama kpd isteri bekerja ikhlaskan diri bila mengeluarkan belanja menggunakan duit gaji sendiri ( sudah tentu)
  • Sentiasa ada rasa cinta dan kasih sayang yg murni dalam hati - macam baru-baru kenal( memang dalam hati rasa macam baru bercinta)
  • Jangan pernah kurang rasa tanggungjawab pada keluarga
  • Doa yang berpanjangan agar Cinta dan Kasihnya Ilahi melimpah ruah dalam keluarga kita.
  • Berdoa untuk keselamatan suami mencari rezeki buat kita dan anak-anak.
  • banyakkan sedekah Al-Fatihah untuk mereka yang kita sayang.
  • Selalu tenung wajah pasangan dengan kasih sayang dan cinta .... sejuk hati nanti, (jangan marah-marah yer)
  • Doa ... doa...doa ... dan terus berdoa , Doakan Senjata orang mukmin.

Cinta hati beta ....
 
Amalkan doa ini yer